Posts

Showing posts with the label DBP

Gaya Dewan (Edisi Ketiga) - DBP

Image
Tajuk: Gaya Dewan (Edisi Ketiga) Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Tahun diterbitkan: 2018 324 halaman Dari kulit muka belakang: Buku ini dapat dijadikan rujukan tentang gaya penerbitan yang diterbitkan dalam bahasa Melayu. Penulisan bahan turut menggarap aspek-aspek penting dalam penyediaan dan penyuntingan pelbagai jenis karya. Keterangan fakta diperkuat dengan ilustrasi untuk memudahkan kefahaman dan rujukan. Lantaran itu, buku ini perlu dimiliki oleh setiap penulis, editor, pengatur huruf, pereka bentuk, pembaca pruf, pencetak, dan semua yang terlibat dalam bidang penerbitan.

Nyawa di hujung senjata

Image
Tajuk: 21 Hari Tebusan di Sierra Leone Penulis: Ganase Jaganathan Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2015 Bil. halaman: 302 Ulasan: Tidak dapat digambarkan betapa getirnya detik-detik yang dilalui Leftenan Kolonel (B) Ganase Jaganathan sepanjang tempoh 21 hari berada dalam tawanan puak pemberontak Revolutionary United Front (RUF) di Sierra Leone mulai 1 hingga 21 Mei 2000. Beliau yang ketika itu berpangkat Mejar dalam Tentera Darat bertugas sebagai Pegawai Pemerhati Tentera Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Makeni, Sierra Leone di bawah mandat Misi Pengaman PBB di Sierra Leone (UNAMSIL). Tempoh 21 hari mungkin dilihat agak singkat tetapi jika berada dalam tawanan pemberontak bersenjata dan kejam, setiap hari yang dilalui dirasakan amat panjang. Ganase dan semua pegawai serta anggota pengaman PBB yang ditawan terpaksa hidup dalam keadaan serba daif seperti kekurangan makanan, persekitaran yang kotor dan penjagaan kesihatan yang tidak sempurna. Lay...

Konflik, peperangan dan perjuangan pahlawan Melayu latar utama Hikayat Pahang

Image
Tajuk: Hikayat Pahang Penyelenggara: Kalthum Jeran Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. Halaman: 197 Hikayat ini lebih merupakan catatan sejarah Pahang tanpa disulami unsur-unsur mitos dan legenda. Ia merangkumi era pemerintahan Datuk Bendahara Seri Maharaja Ali, Bendahara Tun Mutahir dan Bendahara Tun Ahmad (Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah). Kisah dianggarkan bermula pada tahun 1832 sehingga 1932. Sebahagian besar daripada tempoh tersebut menyaksikan Pahang berdepan konflik peperangan dengan Terengganu, orang Bugis, Raja Mahdi (Selangor) serta krisis dalaman yang berpunca daripada pemberontakan Mat Kilau, Bahaman dan Imam Perang Rasu terhadap campur tangan Inggeris dalam pentadbiran negeri. Pahang juga pernah bertelagah dengan Johor dalam isu tuntutan kawasan Endau dan Rompin serta hampir berperang. Walaupun sejarah mengiktiraf Mat Kilau, Bahaman dan Imam Perang Rasu (Tok Gajah) sebagai pejuang bangsa, dalam Hikayat Pahang mereka digel...

Hikayat Gul Bakawali: Kalau sudah jodoh tidak ke mana

Image
Tajuk: Hikayat Gul Bakawali Penyelenggara: Siti Hawa Haji Salleh Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 144 Kalau jodoh sudah ditakdirkan, sebesar mana pun dugaan yang datang pasti ditakdirkan bersama jua akhirnya. Hikayat Gul Bakawali yang berasal dari Parsi menyimpulkan perkara itu menerusi kisah dua watak utamanya iaitu Taju'l Muluk dan Puteri Bakawali. Hidup Taju'l Muluk bukannya mudah selepas beliau diusir oleh ayahandanya Zainu'l-Muluk yang bertakhta sebagai raja di Syarqastan. Menepati ramalan ahli nujum, Zainu'l Muluk menjadi buta setelah terpandang wajah Taju'l Muluk ketika anakandanya itu berusia 12 tahun. Wira dalam hikayat ini digambarkan sebagai seorang tokoh yang berkemahuan tinggi serta tidak mudah mengalah dalam usaha mendapatkan apa yang diinginkannya. Walaupun dihalau, Taju'l Muluk tetap berusaha dan berjaya memperolehi bunga bakawali yang dikatakan boleh memulihkan penglihatan Zainu'l Muluk. Bu...

Kemahiran berfikir aras tinggi Melayu silam dalam Hikayat Raja Muda

Image
Tajuk: Hikayat Raja Muda Penulis: Pawang Ana & Raja Haji Yahya Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 142 Orang Melayu pada zaman silam mempunyai daya imaginasi yang sangat tinggi. Salah satu buktinya ada dalam hikayat ini. Apabila Tuan Puteri Bidadari Segerba gagal menarik suaminya, Raja Muda ke kayangan walaupun dibantu oleh enam kekandanya, puteri keenam melontarkan idea bernas. Memandangkan badan Raja Muda terlalu berat, puteri keenam mencadangkan mereka semua menaiki sebuah balai jentera berpusing yang boleh terbang sendiri. Tidak pula diceritakan bagaimana balai jentera berpusing itu dibina kerana ia muncul dengan sendirinya setelah dicita atau diseru oleh Raja Muda. Mungkin saiznya tidak begitu besar kerana balai tersebut boleh mendarat di halaman rumah nenek kebayan yang ditumpangi Tuan Puteri Bidadari Segerba dan suaminya. Walaupun kisah balai jentera berpusing ini sarat dengan unsur magis, penglipur lara yang menyampaikan Hika...

Hikayat Langlang Buana

Image
Tajuk: Hikayat Langlang Buana Penyelenggara: Mohd. Yusof Md. Nor Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 126 Ulasan: Watak utama dalam hikayat ini, Raja Indera Bumaya boleh disifatkan sebagai seorang kasanova yang sanggup berperang semata-mata kerana perempuan. Matlamat utamanya adalah untuk memikat Tuan Puteri Kusuma Dewi iaitu puteri Maharaja Puspa Indera Keinderaan yang merupakan cucu Langlang Buana. Setelah sedar dari pengsan akibat takjubnya semasa melihat gambar Tuan Puteri Kusuma Dewi, Raja Indera Bumaya memulakan pengembaraan mencari wanita idaman hatinya. Dalam perjalanan, sempat pula dia singgah di sebuah negeri yang diperintah oleh seorang peri bernama Raja Bahrum Dewa dan cuba memikat Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Peperangan berlaku apabila Raja Bahrum Dewa menyedari Raja Indera Bumaya menceroboh masuk ke dalam mahligai dengan menjelmakan dirinya sebagai seekor burung bayan untuk bertemu dengan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Ramai rakyat Raja...

Hikayat Si Miskin

Image
Tajuk: Hikayat Si Miskin Penyelenggara: Abu Bakar Hamid Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 113 Ulasan: Tajuk hikayat ini agak mengelirukan kerana ia bukan kisah tentang orang miskin pada zaman dahulu kala. Kalau dia hidup zaman sekarang, boleh dikategorikan sebagai golongan B40 dan layak menerima bantuan kebajikan daripada kerajaan. Watak utama dalam Hikayat Si Miskin ialah seorang putera raja bernama Marakarmah yang susur galurnya dikatakan berasal dari raja keinderaan. Yang bergelar Si Miskin ialah ayahandanya yang dalam penghujung bab 1 ditabalkan menjadi raja bergelar Maharaja Indera Angkasa di negeri Anta Beranta. Kehidupan Marakarmah dan adindanya, Tuan Puteri Nila Kesuma menjadi susah selepas dibuang oleh ayahandanya yang terlalu percaya dengan ramalan ahli-ahli nujum. Kononnya, mereka membawa celaka. Sebenarnya, ada yang dengki dengan Maharaja Indera Angkasa. Susah mereka pun bukan untuk selama-lamanya. Marakarmah berkahwin dengan puteri raj...