Posts

Showing posts with the label Indonesia

Gadis Kretek yang harum, gurih dan nikmat

Image
  Tajuk: Gadis Kretek Penulis: Ratih Kumala Penterjemah: Rahmah Mokhtar Penerbit: Biblio Press, Petaling Jaya Tahun diterbitkan: 2024 244 halaman Harum, gurih dan nikmat. Novel ini mengingatkan saya betapa nikmatnya rokok kretek yang kali terakhir dihisap berbelas tahun lalu. Cuma saya tidak pernah menghisap rokok Kretek Gadis atau Djagad Raja yang melatari novel ini. Tidak pasti sama ada jenama Kretek Gadis dan Djagad Raja benar-benar wujud atau rekaan semata-mata. Hanya dua jenama kretek yang pernah saya nikmati iaitu Gudang Garam Surya dan Sampoerna. Tetapi saya dahulu menghisap kretek sekali-sekala sahaja sebab rokok itu menyebabkan hidung dan muka saya jadi gatal. Walaupun sudah lama berhenti merokok, saya masih dapat mengaitkan nikmat menghisap kretek dengan membaca novel ini. Memang mengasyikkan menghadam novel yang berkisar tentang persaingan sengit dalam industri pembuatan kretek di Indonesia. Bermula dengan kisah cinta yang tidak kesampaian sehingga membawa kepada pengkhi...

Dunia remaja pelaut merangkap nasionalis Melayu pasca Perang Dunia Kedua

Image
Tajuk: Warna Hati Era Remaja Penulis: Arena Wati Penerbit: Penerbit UPSI, Tg Malim Tahun penerbitan: 2008 Bil. Halaman: 379 Ulasan: Era remaja yang dilalui watak utama dalam novel ini, Abdul Rahim Daeng Massare memang banyak warna-warninya. Berlatarkan situasi tidak menentu di Indonesia dan Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1950, watak Abdul Rahim yang digambarkan sebagai seorang kelasi kapal dagang yang berpengalaman turut memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam gerakan menuntut kemerdekaan oleh dua negara rumpun Melayu itu. Abdul Rahim menggunakan nama samaran Sahak bin Muhammad Ali yang berasal dari Serkam Laut, Melaka bagi melindungi identiti sebenarnya ketika bertugas di kapal-kapal dagang milik syarikat perkapalan Belanda iaitu De Eirens, Baud dan Van Riemsdijk. Peranannya lebih tertumpu sebagai pemecah sekatan dagangan yang dikuatkuasakan oleh penjajah Belanda bagi mematahkan perjuangan memerdekakan Indonesia. ...

Badak makan anak dalam Hikayat Raja Pasai

Image
Tajuk: Hikayat Raja Pasai Diusahakan oleh: Russell Jones Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 129 Kalau hendak tahu apa maknanya perumpamaan 'badak makan anak', bacalah Hikayat Raja Pasai. Dek kerana menurutkan hawa nafsu, Raja Ahmad 'Perumudal Perumal' yang riwayatnya mendominasi hikayat ini sanggup membunuh dua orang puteranya sendiri. Manusia jenis apakah Raja Ahmad ini yang berahi akan dua puterinya yang rupawan iaitu Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara? Hajat buruk baginda itu disuarakan secara berkias dengan bertanya kepada para menteri dan hulubalang: "Jika seorang bertanam tanaman, siapa yang harus dahulu makan dia?"  Mujurlah Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukara yang panjang akalnya menjawab: "Ya tuanku Shah Alam, jikalau kami yang diperhamba ini bertanam-tanaman, orang yang lain juga harus dahulu makan dia, lagi terlalu besar pahalanya mendahulukan jamu itu." Putera sulung...