Posts

Showing posts with the label Arena Wati

Sebuah Trilogi Tiga Genre

Image
  Tajuk: Sebuah Trilogi Tiga Genre Penulis: Arena Wati Penerbit: Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur Tahun diterbitkan: 2007 722 halaman Sebuah Trilogi Tiga Genre merupakan sebuah koleksi yang menghimpunkan tiga bentuk penulisan berbeza, memperlihatkan kepelbagaian gaya dan pemikiran penulisnya.   Antara Manusia mengandungi cerpen-cerpen yang mencerminkan pengalaman dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan, terutamanya dalam fasa usia tua. Ia menyelami keinsafan, kebijaksanaan, dan perubahan yang dialami dalam peredaran masa.   Kepala Bapak Itu pula merupakan sebuah drama yang menampilkan lima babak, menggambarkan keluhan dan suara rakyat jelata. Naskhah ini menyampaikan kritikan sosial yang tajam terhadap ketidakadilan dan penderitaan masyarakat, dengan gaya bahasa yang kuat dan penuh ekspresi.   Samira, sebuah novel yang lebih bersifat peribadi, mengisahkan kenangan terhadap ibu bapa serta harapan terhadap masa depan. Ia membawa pe...

Burung Badai - Arena Wati

Image
  Tajuk: Burung Badai (Antologi Cerpen) Penulis: Arena Wati Penerbit: Pustaka Antara, Kuala Lumpur Tahun diterbitkan: 1990 150 halaman Dari kulit muka belakang: Aku dari masyarakat tani dan nelayan yang diperas, lahir dari keluarga pelaut dan pedagang kecil yang tertindas, diasuh oleh ibu bapa dalam negara yang dijajah, dan dalam usia remaja yang masih hijau dalam segala hal, terlempar ke tengah dunia yang dibakar perang. Aku rebut hidup dari ombak ke ombak kesengsaraan, kuisi dada dari badai ke badai penderitaan, terbang dengan  sayap kepercayaan diri sendiri dengan bulu kemiskinan, dalam lindungan tuhanku pengasih. Aku sudah mendengar, melihat, mengalami, merasakan dan memikirkan. Maka dengan segala kerendahan dan  keikhlasan hati, aku ungkapkan kata pencerminan dari diri sendiri dengan dada terbuka, berhadapan dengan seluruh  pengalaman yang ku-KATA-kan, sebagai keharusan, berdialog kepada hidup yang setiap saat mencabar kehadiranku.

Dunia remaja pelaut merangkap nasionalis Melayu pasca Perang Dunia Kedua

Image
Tajuk: Warna Hati Era Remaja Penulis: Arena Wati Penerbit: Penerbit UPSI, Tg Malim Tahun penerbitan: 2008 Bil. Halaman: 379 Ulasan: Era remaja yang dilalui watak utama dalam novel ini, Abdul Rahim Daeng Massare memang banyak warna-warninya. Berlatarkan situasi tidak menentu di Indonesia dan Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1950, watak Abdul Rahim yang digambarkan sebagai seorang kelasi kapal dagang yang berpengalaman turut memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam gerakan menuntut kemerdekaan oleh dua negara rumpun Melayu itu. Abdul Rahim menggunakan nama samaran Sahak bin Muhammad Ali yang berasal dari Serkam Laut, Melaka bagi melindungi identiti sebenarnya ketika bertugas di kapal-kapal dagang milik syarikat perkapalan Belanda iaitu De Eirens, Baud dan Van Riemsdijk. Peranannya lebih tertumpu sebagai pemecah sekatan dagangan yang dikuatkuasakan oleh penjajah Belanda bagi mematahkan perjuangan memerdekakan Indonesia. ...