Posts

Showing posts with the label dongeng

Hikayat Gul Bakawali: Kalau sudah jodoh tidak ke mana

Image
Tajuk: Hikayat Gul Bakawali Penyelenggara: Siti Hawa Haji Salleh Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 144 Kalau jodoh sudah ditakdirkan, sebesar mana pun dugaan yang datang pasti ditakdirkan bersama jua akhirnya. Hikayat Gul Bakawali yang berasal dari Parsi menyimpulkan perkara itu menerusi kisah dua watak utamanya iaitu Taju'l Muluk dan Puteri Bakawali. Hidup Taju'l Muluk bukannya mudah selepas beliau diusir oleh ayahandanya Zainu'l-Muluk yang bertakhta sebagai raja di Syarqastan. Menepati ramalan ahli nujum, Zainu'l Muluk menjadi buta setelah terpandang wajah Taju'l Muluk ketika anakandanya itu berusia 12 tahun. Wira dalam hikayat ini digambarkan sebagai seorang tokoh yang berkemahuan tinggi serta tidak mudah mengalah dalam usaha mendapatkan apa yang diinginkannya. Walaupun dihalau, Taju'l Muluk tetap berusaha dan berjaya memperolehi bunga bakawali yang dikatakan boleh memulihkan penglihatan Zainu'l Muluk. Bu...

Kemahiran berfikir aras tinggi Melayu silam dalam Hikayat Raja Muda

Image
Tajuk: Hikayat Raja Muda Penulis: Pawang Ana & Raja Haji Yahya Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 142 Orang Melayu pada zaman silam mempunyai daya imaginasi yang sangat tinggi. Salah satu buktinya ada dalam hikayat ini. Apabila Tuan Puteri Bidadari Segerba gagal menarik suaminya, Raja Muda ke kayangan walaupun dibantu oleh enam kekandanya, puteri keenam melontarkan idea bernas. Memandangkan badan Raja Muda terlalu berat, puteri keenam mencadangkan mereka semua menaiki sebuah balai jentera berpusing yang boleh terbang sendiri. Tidak pula diceritakan bagaimana balai jentera berpusing itu dibina kerana ia muncul dengan sendirinya setelah dicita atau diseru oleh Raja Muda. Mungkin saiznya tidak begitu besar kerana balai tersebut boleh mendarat di halaman rumah nenek kebayan yang ditumpangi Tuan Puteri Bidadari Segerba dan suaminya. Walaupun kisah balai jentera berpusing ini sarat dengan unsur magis, penglipur lara yang menyampaikan Hika...

Hikayat Langlang Buana

Image
Tajuk: Hikayat Langlang Buana Penyelenggara: Mohd. Yusof Md. Nor Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 126 Ulasan: Watak utama dalam hikayat ini, Raja Indera Bumaya boleh disifatkan sebagai seorang kasanova yang sanggup berperang semata-mata kerana perempuan. Matlamat utamanya adalah untuk memikat Tuan Puteri Kusuma Dewi iaitu puteri Maharaja Puspa Indera Keinderaan yang merupakan cucu Langlang Buana. Setelah sedar dari pengsan akibat takjubnya semasa melihat gambar Tuan Puteri Kusuma Dewi, Raja Indera Bumaya memulakan pengembaraan mencari wanita idaman hatinya. Dalam perjalanan, sempat pula dia singgah di sebuah negeri yang diperintah oleh seorang peri bernama Raja Bahrum Dewa dan cuba memikat Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Peperangan berlaku apabila Raja Bahrum Dewa menyedari Raja Indera Bumaya menceroboh masuk ke dalam mahligai dengan menjelmakan dirinya sebagai seekor burung bayan untuk bertemu dengan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Ramai rakyat Raja...

Hikayat Si Miskin

Image
Tajuk: Hikayat Si Miskin Penyelenggara: Abu Bakar Hamid Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 113 Ulasan: Tajuk hikayat ini agak mengelirukan kerana ia bukan kisah tentang orang miskin pada zaman dahulu kala. Kalau dia hidup zaman sekarang, boleh dikategorikan sebagai golongan B40 dan layak menerima bantuan kebajikan daripada kerajaan. Watak utama dalam Hikayat Si Miskin ialah seorang putera raja bernama Marakarmah yang susur galurnya dikatakan berasal dari raja keinderaan. Yang bergelar Si Miskin ialah ayahandanya yang dalam penghujung bab 1 ditabalkan menjadi raja bergelar Maharaja Indera Angkasa di negeri Anta Beranta. Kehidupan Marakarmah dan adindanya, Tuan Puteri Nila Kesuma menjadi susah selepas dibuang oleh ayahandanya yang terlalu percaya dengan ramalan ahli-ahli nujum. Kononnya, mereka membawa celaka. Sebenarnya, ada yang dengki dengan Maharaja Indera Angkasa. Susah mereka pun bukan untuk selama-lamanya. Marakarmah berkahwin dengan puteri raj...