Posts

Showing posts with the label Melayu

Kisah penjual ubat dalam Kena Main

Image
  KHATAM Tajuk: Kena Main Penulis: Khalid Salleh Penerbit: ITBM, Kuala Lumpur Tahun diterbitkan: 2015 198 halaman Coretan pasca khatam: JUAL UBAT merupakan salah satu judul drama dalam buku ini selain Kena Main, Si Bereng-Bereng dan Seng Ora-Ora. Cuma saya amat tertarik dengan Jual Ubat sebab skripnya mengimbau kenangan semasa zaman remaja di bangku sekolah menengah sekitar lewat 1980-an dan awal 1990-an. Bila cuti panjang, saya akan naik bas ekspres di Pudu Raya untuk pulang ke kampung. Selalunya saya sampai dua atau tiga jam lebih awal dan sementara menunggu bas ekspres Rembau-Tampin tiba, saya merayau di sekitar kawasan Pudu Raya. Biasanya saya suka melihat gelagat seorang penjual ubat dengan gimik yang unik iaitu pameran bongkah batu besar berdiri atas botol kaca. Lokasinya kalau tak silap di depan Hotel Ancasa sekarang. Kisah yang disampaikan dalam skrip Jual Ubat memang mirip dengan apa yang saya saksikan puluhan tahun yang lalu. Sampai sekarang saya memikirkan bagaimana penj...

Nurul Hidayah - Hasan Ali

Image
  Tajuk: Nurul Hidayah Penulis: Hasan Ali Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun diterbitkan: 2010 422 halaman Dari kulit muka belakang: Mengisahkan perjuangan gigih seorang eksekutif (akauntan) yang bernama Mahfuz dalam cita-citanya untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Mahfuz, suatu ketika ditugaskan bersama Lim untuk menyelongkar dan menyiasat skandal penyelewengan di sebuah institusi kewangan sehingga berjaya mengesan mereka yang melakukan jenayah terkutuk dalam sejarah kewangan di negara ini. Kejayaannya membongkar skandal penyelewengan itu mendorongnya membuka firma agensi pelancongan dan membuka sebuah anak syarikat bernama Nurul Hidayah yang menjalankan perniagaan import-eksport barang-barang keluaran tempatan untuk diedar dan dipasarkan ke pasaran antarabangsa. Nurul Hidayah, sebuah novel yang menyentuh dan membicarakan persoalan semasa iaitu, skandal penyelewengan di sebuah bank, penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan masa kini, peng...

Sembang Politik Melayu - Ahmad Faris

Image
Sembang Politik Melayu Ahmad Faris Penerbitan Mediarama, Kota Damansara, 2015 166 m/s Buku ini membicarakan tentang situasi politik Malaysia selepas PRU13 dan sebelum PRU14. Ulasan banyak berkisar tentang perseteruan antara dua parti terbesar orang Melayu iaitu PAS dan UMNO. Antara kebimbangan yang diutarakan adalah kuasa politik Melayu yang semakin terhakis ekoran konflik yang tidak berkesudahan antara PAS dan UMNO. Turut disembangkan adalah keperluan UMNO untuk berubah, politik perkauman yang semakin parah, Akta Hasutan dan keselamatan dalam negeri. Selain itu, penulis juga mengupas tentang isu-isu berkaitan PAS dan PKR serta perpecahan dalam Pakatan Harapan. Dalam gaya bahasa yang santai, penulis berjaya mengupas isu-isu yang agak berat yang masih relevan untuk dikaji dan disembangkan oleh penganalisis politik dan orang ramai.

Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu

Image
  Tajuk: Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu Penulis: Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Saniman Penerbit: Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur Tahun diterbitkan: 2005 481 halaman Dari kulit muka belakang: Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang sentiasa diselubungi kontroversi sejak ia mula diperkenalkan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Sesetengah pihak beranggapan ia adalah satu polisi diskriminasi terhadap rakyat bukan bumiputera Malaysia. Namun, bukti-bukti kukuh yang diperlihatkan dalam buku ini mempamerkan realiti yang berlawanan. Di bawah rejim DEB, penduduk bukan bumiputera menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik berbanding bumiputera. Kontrak Sosial 1957 telah memberi kerakyatan secara sekelip mata kepada satu juta bukan Bumiputera hanya dengan satu gurisan pena. Bagaimanapun, tolak ansur dalam aspek itu tidak diikuti dengan perkembangan ekonomi yang seimbang antara kaum dan ini akhirnya membawa kepada...

Melayu pernah gagah di Nusantara

Image
Tajuk: Teknologi Kesultanan Melaka Penulis: Hasanuddin Yusof Penerbit: Cintai Publication, Seremban Tahun penerbitan: 2017 Bil. halaman: 324 Rumusan: * Kota A Famosa yang sering dikaitkan dengan ikon pelancongan Melaka dibina di atas tapak masjid yang dirobohkan oleh penjajah Portugis. * Kesultanan Melayu Melaka mempunyai teknologi persenjataan dan strategi peperangan yang tidak kurang hebatnya dengan Portugis tetapi alah kerana kelemahan pemerintah, dengki dalam kalangan pembesar dan pengkhianatan pedagang asing yang membocorkan rahsia pertahanan negara. * Sebelum dijajah Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kekayaan yang terbesar di dunia hasil penguasaan dalam kegiatan perdagangan rempah. * Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa dunia pada abad ke-15 hingga abad ke-17. * Orang Melayu pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka menguasai ilmu pelayaran, matematik, pembinaan, perdagangan dan pentadbiran kerajaan. * Orang Melayu mampu menghas...

Badak makan anak dalam Hikayat Raja Pasai

Image
Tajuk: Hikayat Raja Pasai Diusahakan oleh: Russell Jones Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 129 Kalau hendak tahu apa maknanya perumpamaan 'badak makan anak', bacalah Hikayat Raja Pasai. Dek kerana menurutkan hawa nafsu, Raja Ahmad 'Perumudal Perumal' yang riwayatnya mendominasi hikayat ini sanggup membunuh dua orang puteranya sendiri. Manusia jenis apakah Raja Ahmad ini yang berahi akan dua puterinya yang rupawan iaitu Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara? Hajat buruk baginda itu disuarakan secara berkias dengan bertanya kepada para menteri dan hulubalang: "Jika seorang bertanam tanaman, siapa yang harus dahulu makan dia?"  Mujurlah Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukara yang panjang akalnya menjawab: "Ya tuanku Shah Alam, jikalau kami yang diperhamba ini bertanam-tanaman, orang yang lain juga harus dahulu makan dia, lagi terlalu besar pahalanya mendahulukan jamu itu." Putera sulung...

Kemahiran berfikir aras tinggi Melayu silam dalam Hikayat Raja Muda

Image
Tajuk: Hikayat Raja Muda Penulis: Pawang Ana & Raja Haji Yahya Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 142 Orang Melayu pada zaman silam mempunyai daya imaginasi yang sangat tinggi. Salah satu buktinya ada dalam hikayat ini. Apabila Tuan Puteri Bidadari Segerba gagal menarik suaminya, Raja Muda ke kayangan walaupun dibantu oleh enam kekandanya, puteri keenam melontarkan idea bernas. Memandangkan badan Raja Muda terlalu berat, puteri keenam mencadangkan mereka semua menaiki sebuah balai jentera berpusing yang boleh terbang sendiri. Tidak pula diceritakan bagaimana balai jentera berpusing itu dibina kerana ia muncul dengan sendirinya setelah dicita atau diseru oleh Raja Muda. Mungkin saiznya tidak begitu besar kerana balai tersebut boleh mendarat di halaman rumah nenek kebayan yang ditumpangi Tuan Puteri Bidadari Segerba dan suaminya. Walaupun kisah balai jentera berpusing ini sarat dengan unsur magis, penglipur lara yang menyampaikan Hika...