Posts

Showing posts with the label sejarah

Tugu simbolik perjuangan menentang pengganas komunis

Image
  Tajuk: Tugu Penulis: Hasan Ali Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun diterbitkan: 2010 167 halaman Novel ini memaparkan kisah perjuangan dan pengorbanan para pejuang tanah air dalam mempertahankan maruah bangsa dan kemerdekaan negara ketika era Darurat  yang berpunca daripada pemberontakan pengganas komunis. Tugu menggabungkan unsur sejarah, patriotisme dan nilai kemanusiaan melalui penceritaan yang menyentuh hati.  Watak-watak yang diketengahkan mewakili pelbagai latar masyarakat yang bersatu dalam menentang penjajahan, dengan semangat keberanian dan keikhlasan yang tinggi. Melalui naratif yang penuh emosi dan realiti sosial, pembaca dibawa menyelami perasaan mereka yang hidup dalam zaman sukar, serta kesan psikologi dan fizikal akibat konflik yang berpanjangan.  Novel ini bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi juga menjadi seruan agar generasi hari ini menghargai erti kemerdekaan yang sebenar serta pengorbanan yang mendasarinya. Gaya penulisan yang padat dan puitis ...

Melayu pernah gagah di Nusantara

Image
Tajuk: Teknologi Kesultanan Melaka Penulis: Hasanuddin Yusof Penerbit: Cintai Publication, Seremban Tahun penerbitan: 2017 Bil. halaman: 324 Rumusan: * Kota A Famosa yang sering dikaitkan dengan ikon pelancongan Melaka dibina di atas tapak masjid yang dirobohkan oleh penjajah Portugis. * Kesultanan Melayu Melaka mempunyai teknologi persenjataan dan strategi peperangan yang tidak kurang hebatnya dengan Portugis tetapi alah kerana kelemahan pemerintah, dengki dalam kalangan pembesar dan pengkhianatan pedagang asing yang membocorkan rahsia pertahanan negara. * Sebelum dijajah Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kekayaan yang terbesar di dunia hasil penguasaan dalam kegiatan perdagangan rempah. * Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa dunia pada abad ke-15 hingga abad ke-17. * Orang Melayu pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka menguasai ilmu pelayaran, matematik, pembinaan, perdagangan dan pentadbiran kerajaan. * Orang Melayu mampu menghas...

Badak makan anak dalam Hikayat Raja Pasai

Image
Tajuk: Hikayat Raja Pasai Diusahakan oleh: Russell Jones Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 129 Kalau hendak tahu apa maknanya perumpamaan 'badak makan anak', bacalah Hikayat Raja Pasai. Dek kerana menurutkan hawa nafsu, Raja Ahmad 'Perumudal Perumal' yang riwayatnya mendominasi hikayat ini sanggup membunuh dua orang puteranya sendiri. Manusia jenis apakah Raja Ahmad ini yang berahi akan dua puterinya yang rupawan iaitu Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara? Hajat buruk baginda itu disuarakan secara berkias dengan bertanya kepada para menteri dan hulubalang: "Jika seorang bertanam tanaman, siapa yang harus dahulu makan dia?"  Mujurlah Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukara yang panjang akalnya menjawab: "Ya tuanku Shah Alam, jikalau kami yang diperhamba ini bertanam-tanaman, orang yang lain juga harus dahulu makan dia, lagi terlalu besar pahalanya mendahulukan jamu itu." Putera sulung...