Posts

Showing posts with the label sastera

Sebuah Trilogi Tiga Genre

Image
  Tajuk: Sebuah Trilogi Tiga Genre Penulis: Arena Wati Penerbit: Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur Tahun diterbitkan: 2007 722 halaman Sebuah Trilogi Tiga Genre merupakan sebuah koleksi yang menghimpunkan tiga bentuk penulisan berbeza, memperlihatkan kepelbagaian gaya dan pemikiran penulisnya.   Antara Manusia mengandungi cerpen-cerpen yang mencerminkan pengalaman dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan, terutamanya dalam fasa usia tua. Ia menyelami keinsafan, kebijaksanaan, dan perubahan yang dialami dalam peredaran masa.   Kepala Bapak Itu pula merupakan sebuah drama yang menampilkan lima babak, menggambarkan keluhan dan suara rakyat jelata. Naskhah ini menyampaikan kritikan sosial yang tajam terhadap ketidakadilan dan penderitaan masyarakat, dengan gaya bahasa yang kuat dan penuh ekspresi.   Samira, sebuah novel yang lebih bersifat peribadi, mengisahkan kenangan terhadap ibu bapa serta harapan terhadap masa depan. Ia membawa pe...

Kisah penjual ubat dalam Kena Main

Image
  KHATAM Tajuk: Kena Main Penulis: Khalid Salleh Penerbit: ITBM, Kuala Lumpur Tahun diterbitkan: 2015 198 halaman Coretan pasca khatam: JUAL UBAT merupakan salah satu judul drama dalam buku ini selain Kena Main, Si Bereng-Bereng dan Seng Ora-Ora. Cuma saya amat tertarik dengan Jual Ubat sebab skripnya mengimbau kenangan semasa zaman remaja di bangku sekolah menengah sekitar lewat 1980-an dan awal 1990-an. Bila cuti panjang, saya akan naik bas ekspres di Pudu Raya untuk pulang ke kampung. Selalunya saya sampai dua atau tiga jam lebih awal dan sementara menunggu bas ekspres Rembau-Tampin tiba, saya merayau di sekitar kawasan Pudu Raya. Biasanya saya suka melihat gelagat seorang penjual ubat dengan gimik yang unik iaitu pameran bongkah batu besar berdiri atas botol kaca. Lokasinya kalau tak silap di depan Hotel Ancasa sekarang. Kisah yang disampaikan dalam skrip Jual Ubat memang mirip dengan apa yang saya saksikan puluhan tahun yang lalu. Sampai sekarang saya memikirkan bagaimana penj...