Posts

Showing posts with the label politik

Legenda Robin Hood Terengganu

Image
  Tajuk:  Politik Terengganu  - Perkembangan dan Pergolakan Penulis:  Mohd Hasbie Muda Penerbit: Megamind Leadership Consultancy, Petaling Jaya Tahun diterbitkan: 2017 163 halaman Ketika  Dato' Seri Ahmad Said  pulang dari  Kuala Lumpur  ke  Kemaman  untuk bersama rakyat yang sedang menghadapi  musibah banjir , beliau tersekat di kawasan  Chendor  bersama dengan ramai pemandu dan ahli keluarga mereka yang tersekat di situ dalam keadaan kelaparan. Kebetulan terdapat dua lori roti  Gardenia  yang berada di situ. Ahmad Said yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan roti yang ada bagi diagihkan kepada semua yang ada di situ. Ramai yang datang berterima kasih pada Ahmad Said terutama anak-anak kecil yang kelaparan kerana dapat mengisi perut. Setelah menjadi ' Robin Hood ' di Chendor, Ahmad Said menyerbu pasaraya  Giant ...

PAS wujud hasil kegagalan UMNO

Image
  Tajuk: PAS & Pilihan Raya Penulis: Mohd Hasbie Muda Penerbit: Megamind Leadership Consultancy, Petaling Jaya Tahun diterbitkan: 2014 163 halaman Dari m/s 3: Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada lslam di negara ini telah pun wujud semenjak tahun 1906 lagi,  PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu lslam pada waktu itu untuk melihat syariat Islam dapat didaulatkan di negara ini. PAS juga wujud hasil kegagalan UMNO dalam meletakkan Islam sebagai asas rujukan utama dalam perjuangan mereka. Ini dapat dilihat apabila UMNO bersetuju mewujudkan program loteri kebajikan yang merupakan judi sebagai salah satu jalan untuk membela kebajikan orang Melayu. BACA LAGI  

Tuan Guru Nik Abdul Aziz: Pemikiran Agama dan Politik

Image
  Tajuk: Tuan Guru Nik Abdul Aziz: Pemikiran Agama dan Politik Penulis: Ismail Yusoff Penerbit: Penerbit UUM, Sintok Tahun diterbitkan: 2015 366 halaman "Saya juga cukup jaga tutur kata dan pakaian dengan rakyat. Pakaian apa yang dipakai orang kampung, pakaian itulah saya pakai - dengan sarung, dengan baju Melayu, dengan serbannya. Saya tidak pakai kasut harga mahal, tetapi kasut yang biasa diguna orang kampung." (m/s 56) "Saya takut benar dipuji kerana bimbang pujian itu melebihi daripada hakikat sebenar yang ada pada saya. Bila mati nanti saya akan ditanya sama ada hakikat diri saya serupa dengan pujian yang saya terima. Kalau serupa Alhamdulillah. Kalau tidak serupa, banyak pula soal jawabnya, oleh itu tak payah pujilah." (m/s 59) Buku ini merupakan sebuah kajian yang mendalam dan ilmiah mengenai tokoh politik Islam yang paling berpengaruh dalam sejarah moden Malaysia, menelusuri gagasan-gagasan utama Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam bidang agama dan politik, serta...

Kisah lucu menteri veteran gatal dalam Saya Bukan Menteri

Image
  Tajuk: Saya Bukan Menteri Penulis: Zainuddin Maidin Penerbit: Penerbit UUM, Sintok Tahun diterbitkan: 2016 279 halaman BERSIH, CEKAP & AMANAH? Dr. Mahathir telah mengucapkan terima kasih kepada saya apabila saya mengucapkan tangannya pada majlis meraikan hari jadinya yang diberikan oleh jutawan Vincent Tan di sebuah hotel. (halaman 193) SIAPA MENTERI VETERAN GATAL? Ada kisah lucu tentang seorang menteri veteran yang gatal setiap kali menemui gadis-gadis atau wanita-wanita cantik akan memuji kecantikan mereka ataupun mengatakan lama tak tengok you walaupun beliau belum pernah menemui mereka sebelumnya. Beliau pandai untuk menyeronokkan wanita. Suatu hari beliau terlihat seorang gadis yang cantik dalam barisan untuk menyambutnya dan terus menyatakan, "Lama tak tengok, pi mana? You ni semakin cantik, minggu sudah I jumpa bapa you." Gadis ini terus menjawab, "Bapa I dah mati lima tahun dahulu." (halaman 199) SIAPAKAH BUDAK-BUDAK TINGKAT 4? Bagaimanapun yang lebih ...

Kemenangan Yang Tertangguh

Image
  Tajuk: Kemenangan Yang Tertangguh Penulis: Mohd Hasbie Muda Penerbit: Megamind Leadership Consultancy, Petaling Jaya Tahun diterbitkan: 2013 145 halaman Kemenangan Yang Tertangguh mengupas perjalanan panjang gerakan Islam khususnya PAS dalam politik Malaysia, dengan menyoroti faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan mereka dalam arena demokrasi.  Buku ini memberi tumpuan kepada cabaran yang dihadapi oleh gerakan Islam, termasuk tekanan politik, perubahan sokongan rakyat, serta strategi yang digunakan untuk bertahan dan berkembang dalam landskap politik yang sentiasa berubah.   Penulis mengemukakan hujah bahawa perjuangan politik Islam tidak sekadar bertumpu kepada kemenangan pilihan raya, tetapi turut melibatkan aspek pembinaan pemikiran, pengukuhan organisasi, serta kebolehan menyesuaikan diri dengan tuntutan zaman.  Melalui analisis yang mendalam, beliau membincangkan pengalaman gerakan Islam dalam pelbagai pilihan raya, termasuk kejayaan ...

Sembang Politik Melayu - Ahmad Faris

Image
Sembang Politik Melayu Ahmad Faris Penerbitan Mediarama, Kota Damansara, 2015 166 m/s Buku ini membicarakan tentang situasi politik Malaysia selepas PRU13 dan sebelum PRU14. Ulasan banyak berkisar tentang perseteruan antara dua parti terbesar orang Melayu iaitu PAS dan UMNO. Antara kebimbangan yang diutarakan adalah kuasa politik Melayu yang semakin terhakis ekoran konflik yang tidak berkesudahan antara PAS dan UMNO. Turut disembangkan adalah keperluan UMNO untuk berubah, politik perkauman yang semakin parah, Akta Hasutan dan keselamatan dalam negeri. Selain itu, penulis juga mengupas tentang isu-isu berkaitan PAS dan PKR serta perpecahan dalam Pakatan Harapan. Dalam gaya bahasa yang santai, penulis berjaya mengupas isu-isu yang agak berat yang masih relevan untuk dikaji dan disembangkan oleh penganalisis politik dan orang ramai.

Tahaluf Siyasi: Antara Peluang dan Prinsip

Image
  Tajuk: Tahaluf Siyasi: Antara Peluang dan Prinsip Penulis: Mohammad Ridhauddin Mohd Salleh & Nur Arfah Abdul Sabian Penerbit: Megamind Leadership Consultancy, Dungun Tahun diterbitkan: 2015 233 halaman Asal usul Barisan Alternatif Maka, pada 27 September 1998 bertempat di Markaz Tarbiah Taman Melewar, Ustaz Fadzil berjaya menghimpunkan berpuluh-puluh NGO untuk bergabung menentang kezaliman kerajaan Dato' Seri (ketika itu) Dr Mahathir di atas nama Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Rentetan daripada GERAKlah, akhirnya parti-parti politik pembangkang mengambil sikap untuk membentuk satu kerjasama dinamakan sebagai BARISAN ALTERNATIF yang terdiri daripada: 1. Parti Islam SeMalaysia (PAS), 2. Parti Rakyat Malaysia (PRM), 3. Democratic Action Party (DAP) 4. Parti Keadilan Nasional (KeADILan). (m/s 36 & 37) PAS Dan Tahaluf Siyasi Dengan DAP "PAS tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangan biar pun berkawan dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat. Kita berkawan de...