Posts

Showing posts with the label ulasan buku

Dunia yang serba aneh dan ajaib

Image
Tajuk: The Sea Raiders Penulis: H. G. Wells Penerbit: Penguin Books Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 59 Sinopsis: Antologi mini yang menghimpunkan tiga cerpen iaitu The Sea Raiders, The Land Ironclads dan The Magic Shop. 1. The Sea Raiders Sejenis haiwan laut dari spesies Hapleoteuthis ferox tiba-tiba muncul dan mengganas di perairan Britain. Seperti yang digambarkan oleh Wells, rupanya seperti sotong gergasi, seolah-olah sotong kurita. Spesies haiwan pemakan manusia itu hanyalah rekaan semata-mata kerana carian Google tidak menemukan apa-apa. Setelah diburu, haiwan ini bersembunyi di dasar laut yang paling dalam dan tidak muncul lagi. 2. The Land Ironclads Pengalaman seorang wartawan perang yang kali pertama berdepan dengan kereta kebal dalam hidupnya. Walaupun tentera dari negara asal wartawan itu lebih ramai, mereka tewas dengan '13 raksasa besi yang tak lut peluru'. Semuanya menyerah kalah dan wartawan perang itu turut menjadi tawanan perang. Lokasi dan masa medan perte...

Antimaterialisme dalam cerpen-cerpen D. H. Lawrence

Image
Tajuk: D. H. Lawrence – Selected Tales Penulis: D. H. Lawrence Penerbit: Heinemann, London Tahun penerbitan: 1988 Bil. Halaman: 236 Ulasan: Sebanyak 11 cerpen nukilan D. H. Lawrence dalam antologi ini berkisar tentang kehidupan masyarakat di England terutamanya golongan buruh sekitar era sebelum dan selepas Perang Dunia Pertama. Empat karyanya iaitu Odour of Chrysanthemums, Strike-Pay, The Christening dan Daughters of the Vicar berlatarkan suasana di kawasan perlombongan arang batu yang sebenarnya begitu dekat di hati Lawrence. Beliau dilahirkan pada tahun 1885 dan dibesarkan di perkampungan lombong arang batu yang bernama Eastwood di Nottingham. Justeru, kehidupan pelombong arang batu yang sentiasa dalam kesulitan dan kesempitan yang diketengahkan dalam cerpen-cerpennya adalah berdasarkan pengalaman yang diharunginya sendiri ketika kecil. Empat kisah lain iaitu Tickets, Please , Monkey Nuts , Fanny and Annie dan You Touched Me memaparkan tentan...

Konflik, peperangan dan perjuangan pahlawan Melayu latar utama Hikayat Pahang

Image
Tajuk: Hikayat Pahang Penyelenggara: Kalthum Jeran Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. Halaman: 197 Hikayat ini lebih merupakan catatan sejarah Pahang tanpa disulami unsur-unsur mitos dan legenda. Ia merangkumi era pemerintahan Datuk Bendahara Seri Maharaja Ali, Bendahara Tun Mutahir dan Bendahara Tun Ahmad (Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah). Kisah dianggarkan bermula pada tahun 1832 sehingga 1932. Sebahagian besar daripada tempoh tersebut menyaksikan Pahang berdepan konflik peperangan dengan Terengganu, orang Bugis, Raja Mahdi (Selangor) serta krisis dalaman yang berpunca daripada pemberontakan Mat Kilau, Bahaman dan Imam Perang Rasu terhadap campur tangan Inggeris dalam pentadbiran negeri. Pahang juga pernah bertelagah dengan Johor dalam isu tuntutan kawasan Endau dan Rompin serta hampir berperang. Walaupun sejarah mengiktiraf Mat Kilau, Bahaman dan Imam Perang Rasu (Tok Gajah) sebagai pejuang bangsa, dalam Hikayat Pahang mereka digel...