Hikayat Raja Muda



Tajuk: Hikayat Raja Muda

Penulis: Pawang Ana & Raja Haji Yahya

Penerbit: DBP, Kuala Lumpur

Tahun penerbitan: 2016

Bil. halaman: 142

Orang Melayu pada zaman silam mempunyai daya imaginasi yang sangat tinggi. Salah satu buktinya ada dalam hikayat ini.

Apabila Tuan Puteri Bidadari Segerba gagal menarik suaminya, Raja Muda ke kayangan walaupun dibantu oleh enam kekandanya, puteri keenam melontarkan idea bernas. Memandangkan badan Raja Muda terlalu berat, puteri keenam mencadangkan mereka semua menaiki sebuah balai jentera berpusing yang boleh terbang sendiri.

Tidak pula diceritakan bagaimana balai jentera berpusing itu dibina kerana ia muncul dengan sendirinya setelah dicita atau diseru oleh Raja Muda. Mungkin saiznya tidak begitu besar kerana balai tersebut boleh mendarat di halaman rumah nenek kebayan yang ditumpangi Tuan Puteri Bidadari Segerba dan suaminya.

Walaupun kisah balai jentera berpusing ini sarat dengan unsur magis, penglipur lara yang menyampaikan Hikayat Raja Muda telah mencetuskan idea bahawa manusia boleh diterbangkan ke langit. Sekiranya idea itu dikembangkan oleh generasi Melayu yang berikutnya, tidak mustahil mereka menempa nama sebagai antara perintis dalam usaha mencipta pesawat terbang.

Kejayaan tamadun Barat mencipta kapal terbang mungkin berpunca daripada dongeng Greek yang mengisahkan tentang penerbangan Icarus. Mereka menjadikan angan-angan manusia zaman purba sebagai realiti yang dapat kita saksikan dan gunakan hari ini.

Sayangnya orang Melayu hanya menjadikan hikayat-hikayat lama sebagai hiburan mengisi masa lapang dan tidak mengambil pengajaran daripadanya. Sehingga kini, kita lebih selesa menjadi pengguna dan bukannya pencipta teknologi.

(Habis dibaca pada 31 Disember 2018.)

Comments

Popular posts from this blog

Hikayat Gul Bakawali: Kalau sudah jodoh tidak ke mana

Hikayat Si Miskin

Badak makan anak dalam Hikayat Raja Pasai