Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu
Tajuk: Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu
Penulis: Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Saniman
Penerbit: Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur
Tahun diterbitkan: 2005
481 halaman
Dari kulit muka belakang:
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang sentiasa diselubungi kontroversi sejak ia mula diperkenalkan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Sesetengah pihak beranggapan ia adalah satu polisi diskriminasi terhadap rakyat bukan bumiputera Malaysia.
Namun, bukti-bukti kukuh yang diperlihatkan dalam buku ini mempamerkan realiti yang berlawanan.
Di bawah rejim DEB, penduduk bukan bumiputera menunjukkan prestasi ekonomi
yang lebih baik berbanding bumiputera.
Kontrak Sosial 1957 telah memberi kerakyatan secara sekelip mata kepada satu juta bukan Bumiputera hanya dengan satu gurisan pena.
Bagaimanapun, tolak ansur dalam aspek itu tidak diikuti dengan perkembangan ekonomi yang seimbang antara kaum dan ini akhirnya membawa kepada keresahan dalam hubungan etnik.
Dalam buku ini, para penulisnya berhujah bahawa keseimbangan etnik dalam ekonomi di Malaysia memerlukan perubahan beransur-ansur dalam jangka masa panjang menjangkaui beberapa generasi.
Untuk mengembalikan perspektif kepada suasana dan keperluan yang membawa kepada penggubalan DEB selain memperbetulkan persepsi negatif tentang DEB, dimuatkan dalam buku ini enam dokumen asal yang memberi inspirasi kepada pembentukan DEB.
la belum pernah disiarkan dalam mana-mana penerbitan.
Comments