Melayu pernah gagah di Nusantara
Tajuk: Teknologi Kesultanan Melaka
Penulis: Hasanuddin Yusof
Penerbit: Cintai Publication, Seremban
Tahun penerbitan: 2017
Bil. halaman: 324
Rumusan:
* Kota A Famosa yang sering dikaitkan dengan ikon pelancongan Melaka dibina di atas tapak masjid yang dirobohkan oleh penjajah Portugis.
* Kesultanan Melayu Melaka mempunyai teknologi persenjataan dan strategi peperangan yang tidak kurang hebatnya dengan Portugis tetapi alah kerana kelemahan pemerintah, dengki dalam kalangan pembesar dan pengkhianatan pedagang asing yang membocorkan rahsia pertahanan negara.
* Sebelum dijajah Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kekayaan yang terbesar di dunia hasil penguasaan dalam kegiatan perdagangan rempah.
* Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa dunia pada abad ke-15 hingga abad ke-17.
* Orang Melayu pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka menguasai ilmu pelayaran, matematik, pembinaan, perdagangan dan pentadbiran kerajaan.
* Orang Melayu mampu menghasilkan kapal yang saiznya jauh lebih besar daripada yang dibuat di Eropah.
* Pelayar Melayu bernama Haji Mi Malaya pernah tiba di El Salvador. Seorang ahli arkeologi Barat, Dr. Barry Fell telah menemukan bukti tentang perkara itu. Perkataan 'Katib Malaka Haji Mi Malaya' didapati terukir dalam tulisan jawi / Arab di sebuah gua di daerah Corinto, El Salvador.
* Kajian sejarah mendapati Laksamana Hang Tuah memang pernah menjadi utusan Sultan Melaka ke Jepun.
* Tentera Portugis hampir tewas namun mereka kembali bangkit hasil kesungguhan Alfonso de Albuquerque dan 'bantuan' dari dalam kota Melaka.
* Maharaja China murka dengan tindakan Portugis menakluk Melaka yang mempunyai hubungan yang sangat erat dengan Dinasti Ming. Tome Pires yang diutuskan oleh Raja Portugal sebagai duta ke China pada 1516 ditangkap dan dipenjarakan di Jiangsu sehingga dia mati pada 1540.
Orang Melayu yang memandang lekeh terhadap bangsa sendiri disyorkan membaca buku ini. Fakta-fakta kehebatan orang Melayu bukan dipetik daripada kisah-kisah dongeng, sebaliknya daripada catatan pegawai-pegawai Portugis termasuk Tome Pires, Duarte Barbosa, Gaspar Correia, Damiao de Goes dan Godinho de Eredia yang berdarah kacukan Portugis dan Bugis.
(Habis dibaca pada 24 Januari 2019.)
Comments