Nurul Hidayah - Hasan Ali

 



Tajuk: Nurul Hidayah

Penulis: Hasan Ali

Penerbit: DBP, Kuala Lumpur

Tahun diterbitkan: 2010

422 halaman

Dari kulit muka belakang:

Mengisahkan perjuangan gigih seorang eksekutif (akauntan) yang bernama Mahfuz dalam cita-citanya untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

Mahfuz, suatu ketika ditugaskan bersama Lim untuk menyelongkar dan menyiasat skandal penyelewengan di sebuah institusi kewangan sehingga berjaya mengesan mereka yang melakukan jenayah terkutuk dalam sejarah kewangan di negara ini.

Kejayaannya membongkar skandal penyelewengan itu mendorongnya membuka firma agensi pelancongan dan membuka sebuah anak syarikat bernama Nurul Hidayah yang menjalankan perniagaan import-eksport barang-barang keluaran tempatan untuk diedar dan dipasarkan ke pasaran antarabangsa.

Nurul Hidayah, sebuah novel yang menyentuh dan membicarakan persoalan semasa iaitu, skandal penyelewengan di sebuah bank, penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan masa kini, penglibatan kaum bumiputera di sektor perniagaan dan industri pelancongan yang diolah dengan gaya bahasa yang hidup dan menyegarkan.

Novel ini adalah novel terpenting Hasan Ali selepas Musafir dan Tugu.

Comments

Popular posts from this blog

Hikayat Gul Bakawali: Kalau sudah jodoh tidak ke mana

Hikayat Si Miskin

Badak makan anak dalam Hikayat Raja Pasai