Kemahiran berfikir aras tinggi Melayu silam dalam Hikayat Raja Muda
Tajuk: Hikayat Raja Muda Penulis: Pawang Ana & Raja Haji Yahya Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 142 Orang Melayu pada zaman silam mempunyai daya imaginasi yang sangat tinggi. Salah satu buktinya ada dalam hikayat ini. Apabila Tuan Puteri Bidadari Segerba gagal menarik suaminya, Raja Muda ke kayangan walaupun dibantu oleh enam kekandanya, puteri keenam melontarkan idea bernas. Memandangkan badan Raja Muda terlalu berat, puteri keenam mencadangkan mereka semua menaiki sebuah balai jentera berpusing yang boleh terbang sendiri. Tidak pula diceritakan bagaimana balai jentera berpusing itu dibina kerana ia muncul dengan sendirinya setelah dicita atau diseru oleh Raja Muda. Mungkin saiznya tidak begitu besar kerana balai tersebut boleh mendarat di halaman rumah nenek kebayan yang ditumpangi Tuan Puteri Bidadari Segerba dan suaminya. Walaupun kisah balai jentera berpusing ini sarat dengan unsur magis, penglipur lara yang menyampaikan Hika...