Dunia yang serba aneh dan ajaib
Tajuk: The Sea Raiders
Penulis: H. G. WellsPenerbit: Penguin Books
Tahun penerbitan: 2016
Bil. halaman: 59
Sinopsis:
Antologi mini yang menghimpunkan tiga cerpen iaitu The Sea Raiders, The Land Ironclads dan The Magic Shop.
1. The Sea Raiders
Sejenis haiwan laut dari spesies Hapleoteuthis ferox tiba-tiba muncul dan mengganas di perairan Britain.
Seperti yang digambarkan oleh Wells, rupanya seperti sotong gergasi, seolah-olah sotong kurita.
Spesies haiwan pemakan manusia itu hanyalah rekaan semata-mata kerana carian Google tidak menemukan apa-apa.
Setelah diburu, haiwan ini bersembunyi di dasar laut yang paling dalam dan tidak muncul lagi.
2. The Land Ironclads
Pengalaman seorang wartawan perang yang kali pertama berdepan dengan kereta kebal dalam hidupnya.
Walaupun tentera dari negara asal wartawan itu lebih ramai, mereka tewas dengan '13 raksasa besi yang tak lut peluru'.
Semuanya menyerah kalah dan wartawan perang itu turut menjadi tawanan perang.
Lokasi dan masa medan pertempuran tidak dinyatakan, namun dipercayai berlatarkan Perang Dunia Pertama.
3. The Magic Shop
Seorang bapa dan anak lelakinya yang masih kecil, Gip, memasuki sebuah kedai menjual barangan yang digunakan dalam pertunjukan silap mata.
Yang peliknya, kedai ini benar-benar ajaib malah, penjaga kedai boleh meneka apa yang diinginkan oleh Gip dengan tepat.
Contohnya askar mainan yang boleh bergerak sendiri dan tiga lagi kotak yang tidak dinyatakan apa isinya.
Semuanya diberikan secara percuma walaupun bapa Gip berkeras ingin membayarnya.
Bertambah aneh apabila bapa Gip tiba-tiba mendapati dirinya di luar dan kedai ajaib tersebut tiada lagi di situ.
Dia cuba mencari kedai itu sekali lagi untuk membayar harga mainan yang diberikan kepada Gip tetapi usahanya tidak berhasil.
Comments