Tahaluf Siyasi: Antara Peluang dan Prinsip

 



Tajuk: Tahaluf Siyasi: Antara Peluang dan Prinsip
Penulis: Mohammad Ridhauddin Mohd Salleh & Nur Arfah Abdul Sabian
Penerbit: Megamind Leadership Consultancy, Dungun
Tahun diterbitkan: 2015
233 halaman
Asal usul Barisan Alternatif
Maka, pada 27 September 1998 bertempat di Markaz Tarbiah Taman Melewar, Ustaz Fadzil berjaya menghimpunkan berpuluh-puluh NGO untuk bergabung menentang kezaliman kerajaan Dato' Seri (ketika itu) Dr Mahathir di atas nama Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK).
Rentetan daripada GERAKlah, akhirnya parti-parti politik pembangkang mengambil sikap untuk membentuk satu kerjasama dinamakan sebagai BARISAN ALTERNATIF yang terdiri daripada:
1. Parti Islam SeMalaysia (PAS),
2. Parti Rakyat Malaysia (PRM),
3. Democratic Action Party (DAP)
4. Parti Keadilan Nasional (KeADILan).
(m/s 36 & 37)
PAS Dan Tahaluf Siyasi Dengan DAP
"PAS tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangan biar pun berkawan dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat. Kita berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat. Sedangkan UMNO berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam komponen BN sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan asal mereka. Dengan kefahaman dosa dan pahalalah yang menyebabkan PAS mampu bertahan lama kerana tidak mudah menjual prinsip perjuangan.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
1 November, Kota Bharu
(m/s 45)
Langkah Kajang
PAS menerima makluman awal daripada pihak PKR bahawasanya strategi ini bukanlah usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor (ketika itu), Dato' Seri Khalid Ibrahim. Lalu, pihak PAS
bertegas bahawasanya isu pertukaran Menteri Besar Selangor tidak berbangkit".
Tidak lama selepas Dato Seri Dr Wan Azizah, Presiden PKR menang, isu Menteri Besar Selangor pula berbangkit. Di sinilah menjadi punca utama khilaf di dalam Pakatan Rakyat akhirnya menjadi konflik. Perbincangan sesama pimpinan utama Pakatan Rakyat berlegar di dada akhbar dan media elektronik, Masing-masing saling mengkritik dan menuduh.
(m/s 59)
RUU 355
Rentetan daripada itu, isu cabang yang sudah menjadi isu peribadi ini semakin parah apabila pihak DAP mula mengambil sikap untuk masuk campur dalam hal ehwal dalaman Parti Islam Semalaysia (PAS). Hal yang sepatutnya difahami dengan baik oleh pihak DAP bahawasanya mereka tidak berhak untuk masuk campur di dalam urusan dalaman organisasi PAS; ia satu sifir mudah yang dapat difahami oleh semua orang. Situasi ini semakin bertambah buruk apabila ada dari kalangan pimpinan PAS di pelbagai peringkat melihat isu ini sebagai perkara prinsip dalam perjuangan lalu atas pemahaman terbabit mereka mengerahkan sepenuh tenaga untuk turun ke medan jihad bagi mempertahankan prinsip ni.
(m/s 61)
Pilihan Raya PBT
Cadangan ini menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah ada di dalam manifesto Pilihanraya Umum PR Pulau Pinang 2013. Namun, perkara ini dibantah oleh PAS yang merupakan rakan komponen di dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
(m/s 62)


Comments