Legenda Robin Hood Terengganu

 


Tajuk: Politik Terengganu - Perkembangan dan Pergolakan

Penulis: Mohd Hasbie Muda

Penerbit: Megamind Leadership Consultancy, Petaling Jaya

Tahun diterbitkan: 2017

163 halaman


Ketika Dato' Seri Ahmad Said pulang dari Kuala Lumpur ke Kemaman untuk bersama rakyat yang sedang menghadapi musibah banjir, beliau tersekat di kawasan Chendor bersama dengan ramai pemandu dan ahli keluarga mereka yang tersekat di situ dalam keadaan kelaparan.

Kebetulan terdapat dua lori roti Gardenia yang berada di situ.

Ahmad Said yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan roti yang ada bagi diagihkan kepada semua yang ada di situ.

Ramai yang datang berterima kasih pada Ahmad Said terutama anak-anak kecil yang kelaparan kerana dapat mengisi perut.

Setelah menjadi 'Robin Hood' di Chendor, Ahmad Said menyerbu pasaraya Giant pula.

Menteri Besar Terengganu itu bergegas ke pasaraya Giant Kijal dan membeli sendiri bekalan susu bayi serta bekalan makanan untuk dihantar ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Banggol, Paya Berenjut.

Sebuah trak tentera digunakan untuk mengangkut bekalan susu dan makanan yang dibeli sendiri oleh Ahmad Said.

Trak tersebut dimuatkan di hadapan Pejabat Pegawai Daerah.

Disebabkan ruang tidak cukup, Ahmad Said menggunakan kereta rasmi Menteri Besar untuk mengangkut bekalan susu dan makanan.

(Muka surat 103 & 104)

BACA LAGI


Comments

Popular posts from this blog

PAS wujud hasil kegagalan UMNO

Hikayat Gul Bakawali: Kalau sudah jodoh tidak ke mana

Hikayat Si Miskin