Kisah lucu menteri veteran gatal dalam Saya Bukan Menteri
Tajuk: Saya Bukan Menteri
Penulis: Zainuddin Maidin
Penerbit: Penerbit UUM, Sintok
Tahun diterbitkan: 2016
279 halaman
BERSIH, CEKAP & AMANAH?
Dr. Mahathir telah mengucapkan terima kasih kepada saya apabila saya mengucapkan tangannya pada majlis meraikan hari jadinya yang diberikan oleh jutawan Vincent Tan di sebuah hotel.
(halaman 193)
SIAPA MENTERI VETERAN GATAL?
Ada kisah lucu tentang seorang menteri veteran yang gatal setiap kali menemui gadis-gadis atau wanita-wanita cantik akan memuji kecantikan mereka ataupun mengatakan lama tak tengok you walaupun beliau belum pernah menemui mereka sebelumnya. Beliau pandai untuk menyeronokkan wanita.
Suatu hari beliau terlihat seorang gadis yang cantik dalam barisan untuk menyambutnya dan terus menyatakan, "Lama tak tengok, pi mana? You ni semakin cantik, minggu sudah I jumpa bapa you." Gadis ini terus menjawab, "Bapa I dah mati lima tahun dahulu."
(halaman 199)
SIAPAKAH BUDAK-BUDAK TINGKAT 4?
Bagaimanapun yang lebih menarik ialah pada pilihan raya 2008 tanpa manifesto walaupun drafnya telah disediakan percetakan oleh mereka yang dikenali sebagai budak-budak tingkat empat Jabatan Perdana Menteri. Manifesto itu mulanya telah dihantar untuk cetakan Utusan Melayu tetapi dipindahkan kepada NST.
Bagaimanapun manifesto itu tidak pernah sampai ke tangan calon-calon BN dan juga orang ramai kecuali mereka melihat pengumumannya oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi di siaran langsung televisyen.
Inilah pertama kalinya dalam sejarah Pilihan Raya Umum Malaya dan Malaysia, manifesto parti pemerintah tidak diedarkan kepada umum. Yang menjadi persoalan jika tidak dicetak maka ke mana perginya wang berjuta ringgit yang diperuntukkan bagi percetakannya?
(halaman 200)
KJ MARAH DENGAN ZAM?
Saya langsung tidak sedih dengan kekalahan saya di Sg. Petani kerana Allah menghendaki saya terpisah daripada meneruskan kerja di bawah pemerintahan yang tidak lagi mempedulikan sensitiviti dan inspirasi rakyat.
Berikutan dengan kehilangan kuasa dua per tiga dalam pilihan raya 2008 itu. Saya membuat kenyataan kepada Urusan Malaysia mengatakan, "Ini adalah hasil daripada percaturan orang muda yang mahu naik dengan cepat." Penyiaran ini menimbulkan kemarahan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menelefon Pengarang Utusan Malaysia.
(halaman 213)
PAGI-PAGI DAH MENARI?
Saya masih ingat pada tahun 60-an, kehadiran Menteri Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail dalam suatu Majlis Belia di Kg. Pandan Kuala Lumpur yang saya liputi sebagai pemberita telah disambut dengan kumpulan tarian. Dalam ucapannya Tun Dr. Ismail yang terkenal dengan sikap terbuka dan keras dalam ucapannya telah berkata, macam mana nak maju kalau pagi-pagi dah menari?
(halaman 217)
Comments