Posts

Showing posts from January, 2019

Melayu pernah gagah di Nusantara

Image
Tajuk: Teknologi Kesultanan Melaka Penulis: Hasanuddin Yusof Penerbit: Cintai Publication, Seremban Tahun penerbitan: 2017 Bil. halaman: 324 Rumusan: * Kota A Famosa yang sering dikaitkan dengan ikon pelancongan Melaka dibina di atas tapak masjid yang dirobohkan oleh penjajah Portugis. * Kesultanan Melayu Melaka mempunyai teknologi persenjataan dan strategi peperangan yang tidak kurang hebatnya dengan Portugis tetapi alah kerana kelemahan pemerintah, dengki dalam kalangan pembesar dan pengkhianatan pedagang asing yang membocorkan rahsia pertahanan negara. * Sebelum dijajah Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kekayaan yang terbesar di dunia hasil penguasaan dalam kegiatan perdagangan rempah. * Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa dunia pada abad ke-15 hingga abad ke-17. * Orang Melayu pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka menguasai ilmu pelayaran, matematik, pembinaan, perdagangan dan pentadbiran kerajaan. * Orang Melayu mampu menghas...

Konflik, peperangan dan perjuangan pahlawan Melayu latar utama Hikayat Pahang

Image
Tajuk: Hikayat Pahang Penyelenggara: Kalthum Jeran Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. Halaman: 197 Hikayat ini lebih merupakan catatan sejarah Pahang tanpa disulami unsur-unsur mitos dan legenda. Ia merangkumi era pemerintahan Datuk Bendahara Seri Maharaja Ali, Bendahara Tun Mutahir dan Bendahara Tun Ahmad (Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah). Kisah dianggarkan bermula pada tahun 1832 sehingga 1932. Sebahagian besar daripada tempoh tersebut menyaksikan Pahang berdepan konflik peperangan dengan Terengganu, orang Bugis, Raja Mahdi (Selangor) serta krisis dalaman yang berpunca daripada pemberontakan Mat Kilau, Bahaman dan Imam Perang Rasu terhadap campur tangan Inggeris dalam pentadbiran negeri. Pahang juga pernah bertelagah dengan Johor dalam isu tuntutan kawasan Endau dan Rompin serta hampir berperang. Walaupun sejarah mengiktiraf Mat Kilau, Bahaman dan Imam Perang Rasu (Tok Gajah) sebagai pejuang bangsa, dalam Hikayat Pahang mereka digel...

Hikayat Gul Bakawali: Kalau sudah jodoh tidak ke mana

Image
Tajuk: Hikayat Gul Bakawali Penyelenggara: Siti Hawa Haji Salleh Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 144 Kalau jodoh sudah ditakdirkan, sebesar mana pun dugaan yang datang pasti ditakdirkan bersama jua akhirnya. Hikayat Gul Bakawali yang berasal dari Parsi menyimpulkan perkara itu menerusi kisah dua watak utamanya iaitu Taju'l Muluk dan Puteri Bakawali. Hidup Taju'l Muluk bukannya mudah selepas beliau diusir oleh ayahandanya Zainu'l-Muluk yang bertakhta sebagai raja di Syarqastan. Menepati ramalan ahli nujum, Zainu'l Muluk menjadi buta setelah terpandang wajah Taju'l Muluk ketika anakandanya itu berusia 12 tahun. Wira dalam hikayat ini digambarkan sebagai seorang tokoh yang berkemahuan tinggi serta tidak mudah mengalah dalam usaha mendapatkan apa yang diinginkannya. Walaupun dihalau, Taju'l Muluk tetap berusaha dan berjaya memperolehi bunga bakawali yang dikatakan boleh memulihkan penglihatan Zainu'l Muluk. Bu...

Badak makan anak dalam Hikayat Raja Pasai

Image
Tajuk: Hikayat Raja Pasai Diusahakan oleh: Russell Jones Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 129 Kalau hendak tahu apa maknanya perumpamaan 'badak makan anak', bacalah Hikayat Raja Pasai. Dek kerana menurutkan hawa nafsu, Raja Ahmad 'Perumudal Perumal' yang riwayatnya mendominasi hikayat ini sanggup membunuh dua orang puteranya sendiri. Manusia jenis apakah Raja Ahmad ini yang berahi akan dua puterinya yang rupawan iaitu Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara? Hajat buruk baginda itu disuarakan secara berkias dengan bertanya kepada para menteri dan hulubalang: "Jika seorang bertanam tanaman, siapa yang harus dahulu makan dia?"  Mujurlah Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukara yang panjang akalnya menjawab: "Ya tuanku Shah Alam, jikalau kami yang diperhamba ini bertanam-tanaman, orang yang lain juga harus dahulu makan dia, lagi terlalu besar pahalanya mendahulukan jamu itu." Putera sulung...