Gadis Kretek yang harum, gurih dan nikmat

 



Tajuk: Gadis Kretek

Penulis: Ratih Kumala

Penterjemah: Rahmah Mokhtar

Penerbit: Biblio Press, Petaling Jaya

Tahun diterbitkan: 2024

244 halaman

Harum, gurih dan nikmat. Novel ini mengingatkan saya betapa nikmatnya rokok kretek yang kali terakhir dihisap berbelas tahun lalu.

Cuma saya tidak pernah menghisap rokok Kretek Gadis atau Djagad Raja yang melatari novel ini.

Tidak pasti sama ada jenama Kretek Gadis dan Djagad Raja benar-benar wujud atau rekaan semata-mata.

Hanya dua jenama kretek yang pernah saya nikmati iaitu Gudang Garam Surya dan Sampoerna.

Tetapi saya dahulu menghisap kretek sekali-sekala sahaja sebab rokok itu menyebabkan hidung dan muka saya jadi gatal.

Walaupun sudah lama berhenti merokok, saya masih dapat mengaitkan nikmat menghisap kretek dengan membaca novel ini.

Memang mengasyikkan menghadam novel yang berkisar tentang persaingan sengit dalam industri pembuatan kretek di Indonesia.

Bermula dengan kisah cinta yang tidak kesampaian sehingga membawa kepada pengkhianatan dalam perniagaan.

Misi selepas ini adalah mencari dan membaca novel asal dalam bahasa Indonesia yang pastinya lebih harum, gurih dan nikmat.

Jika mahu tahu betapa harum, gurih dan nikmat novel Gadis Kretek, bacalah sendiri. Jangan malas.

Comments

Popular posts from this blog

Hikayat Gul Bakawali: Kalau sudah jodoh tidak ke mana

Hikayat Si Miskin

Badak makan anak dalam Hikayat Raja Pasai