Air Mata Kesengsaraan Rohingya

Tajuk: Air Mata Kesengsaraan Rohingya Penulis: Azharuddin Mohamed Dali & Azlinariah Abdullah Penerbit: Inteam Publishing, Kuala Lumpur Tahun diterbitkan: 2012 233 halaman Dari kulit muka belakang: ROHINGYA barangkali tidak keterlaluan jika ia dianggap sebagai kaum yang paling malang dan dilupakan di planet ini. Berasal dari Myanmar, hidup secara diaspora selepas lari akibat ditindas dan diseksa oleh tentera yang memerintah. Bukan itu sahaja, sejarah yang mengaitkan mereka berasal dari Arakan, sebuah pusat penyebaran Islam suatu ketika dahulu, tidak membolehkan mereka mendapat kerakyatan di negara sendiri disebabkan penggubalan undang-undang berhubung kewarganegaraan. Keadaan ini menyebabkan mereka menjadi pelarian, dibelenggu masalah identiti, hidup penuh duka nestapa dan menjadi minoriti Muslim Myanmar yang sentiasa bertemankan air mata kesedihan serta meratapi nasib yang menimpa mereka. Namun ramai dari masyarakat dunia yang tidak mengetahui masalah akar daripada kisa...