Nota Dari Kabul - Syed Azwan Syed Ali

 



Tajuk: Nota Dari Kabul

Penulis: Syed Azwan Syed Ali

Penerbit: Syed Azwan Syed Ali

Tahun diterbitkan: 2021

130 halaman

Ulasan:

Buku ini menyebabkan saya berasa sangat cemburu dengan Syed Azwan.

Saya memang teringin sangat bertandang ke negara-negara Islam yang dilanda konflik termasuk Afghanistan.

Nampaknya Syed Azwan sudah sampai dulu ke sana dan Afghanistan merupakan negara ke-35 yang pernah menerima kehadirannya.

Dalam gaya bahasa yang mudah difahami, sahabat saya ini berjaya membuka mata kita tentang situasi sebenar di bumi yang diberi julukan 'kubur empayar'.

Benarkah kaum wanita Afghanistan ditindas oleh kerajaan Taliban?

Adakah Afghanistan sentiasa bergolak dengan insiden pengeboman bunuh diri setiap hari?

Bagaimanakah nasib umat Islam Afghanistan yang dipinggirkan dunia selepas Taliban kembali memerintah?

Semua persoalan itu dirungkai oleh Syed Azwan menerusi kaca mata seorang wartawan Islam dari Malaysia yang arif tentang selok-belok misi kemanusiaan di bumi bergolak.

Buku ini memang mesti dimiliki dan dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat sahih tentang Afghanistan, dan bukannya laporan berat sebelah media Barat yang bertujuan memburuk-burukkan Islam.

Saya juga berharap Syed Azwan akan menghasilkan 34 lagi buku bagi setiap 34 negara yang pernah dikunjunginya sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

Hikayat Gul Bakawali: Kalau sudah jodoh tidak ke mana

Hikayat Si Miskin

Badak makan anak dalam Hikayat Raja Pasai