Antimaterialisme dalam cerpen-cerpen D. H. Lawrence
Tajuk: D. H. Lawrence – Selected Tales Penulis: D. H. Lawrence Penerbit: Heinemann, London Tahun penerbitan: 1988 Bil. Halaman: 236 Ulasan: Sebanyak 11 cerpen nukilan D. H. Lawrence dalam antologi ini berkisar tentang kehidupan masyarakat di England terutamanya golongan buruh sekitar era sebelum dan selepas Perang Dunia Pertama. Empat karyanya iaitu Odour of Chrysanthemums, Strike-Pay, The Christening dan Daughters of the Vicar berlatarkan suasana di kawasan perlombongan arang batu yang sebenarnya begitu dekat di hati Lawrence. Beliau dilahirkan pada tahun 1885 dan dibesarkan di perkampungan lombong arang batu yang bernama Eastwood di Nottingham. Justeru, kehidupan pelombong arang batu yang sentiasa dalam kesulitan dan kesempitan yang diketengahkan dalam cerpen-cerpennya adalah berdasarkan pengalaman yang diharunginya sendiri ketika kecil. Empat kisah lain iaitu Tickets, Please , Monkey Nuts , Fanny and Annie dan You Touched Me memaparkan t...