Ribut Dari Timur



Judul: Ribut Dari Timur

Penulis: Abdul Aziz Itar 

Penerbit: Penerbitan Langit, Kuala Lumpur. 

Tahun penerbitan:2017

Jumlah halaman: 93



Muzik bingit, konsert, rambut panjang, t-shirt band, jeans ketat, kaset dubbing, fanzine fotostat, CM & Pertama Kompleks. Buku tulisan sahabat saya ini menggamit kembali nostalgia sesiapa sahaja yang pernah melalui fasa kehidupan itu.

Memang mengasyikkan bila membacanya. Fikiran melayang mengenang kembali zaman ketika kepala syok melayan alunan keras dan bertenaga Iron Maiden, Metallica, Testament, Megadeth dan Anthrax.

Semakin usia meningkat, selera muzik saya pun semakin lunak. Telinga yang pernah dahulu berdesing selama beberapa hari selepas layan konsert Iron Maiden kini lebih mesra dengan alunan irama klasik, balada, etnik dan country.

Cetakan pertama buku ini habis dijual. Harap-harap ada cetakan seterusnya kerana saya percaya pasti ramai yang ingin mendapatkannya lebih-lebih lagi mereka yang sekepala dengan Abdul Aziz Itar yang sehingga kini masih setia melayan muzik indie, punk, hardcore, thrash/death metal dan grindcore era 1980-an dan 1990-an.

Abdul Aziz Itar juga pernah menghasilkan fanzine Vortex From The East dan Thrash Attack.

(Habis dibaca pada 2 Januari 2018)

Comments