Tajuk: Hikayat Raja Pasai Diusahakan oleh: Russell Jones Penerbit: DBP, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 129 Kalau hendak tahu apa maknanya perumpamaan 'badak makan anak', bacalah Hikayat Raja Pasai. Dek kerana menurutkan hawa nafsu, Raja Ahmad 'Perumudal Perumal' yang riwayatnya mendominasi hikayat ini sanggup membunuh dua orang puteranya sendiri. Manusia jenis apakah Raja Ahmad ini yang berahi akan dua puterinya yang rupawan iaitu Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara? Hajat buruk baginda itu disuarakan secara berkias dengan bertanya kepada para menteri dan hulubalang: "Jika seorang bertanam tanaman, siapa yang harus dahulu makan dia?" Mujurlah Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukara yang panjang akalnya menjawab: "Ya tuanku Shah Alam, jikalau kami yang diperhamba ini bertanam-tanaman, orang yang lain juga harus dahulu makan dia, lagi terlalu besar pahalanya mendahulukan jamu itu." Putera sulung...
Comments
Lol...