Sembang Politik Melayu - Ahmad Faris


Sembang Politik Melayu
Ahmad Faris
Penerbitan Mediarama, Kota Damansara, 2015
166 m/s

Buku ini membicarakan tentang situasi politik Malaysia selepas PRU13 dan sebelum PRU14.

Ulasan banyak berkisar tentang perseteruan antara dua parti terbesar orang Melayu iaitu PAS dan UMNO.

Antara kebimbangan yang diutarakan adalah kuasa politik Melayu yang semakin terhakis ekoran konflik yang tidak berkesudahan antara PAS dan UMNO.

Turut disembangkan adalah keperluan UMNO untuk berubah, politik perkauman yang semakin parah, Akta Hasutan dan keselamatan dalam negeri.

Selain itu, penulis juga mengupas tentang isu-isu berkaitan PAS dan PKR serta perpecahan dalam Pakatan Harapan.

Dalam gaya bahasa yang santai, penulis berjaya mengupas isu-isu yang agak berat yang masih relevan untuk dikaji dan disembangkan oleh penganalisis politik dan orang ramai.

Comments

Popular posts from this blog

Hikayat Gul Bakawali: Kalau sudah jodoh tidak ke mana

Hikayat Si Miskin

Badak makan anak dalam Hikayat Raja Pasai