Dunia yang serba aneh dan ajaib
Tajuk: The Sea Raiders Penulis: H. G. Wells Penerbit: Penguin Books Tahun penerbitan: 2016 Bil. halaman: 59 Sinopsis: Antologi mini yang menghimpunkan tiga cerpen iaitu The Sea Raiders, The Land Ironclads dan The Magic Shop. 1. The Sea Raiders Sejenis haiwan laut dari spesies Hapleoteuthis ferox tiba-tiba muncul dan mengganas di perairan Britain. Seperti yang digambarkan oleh Wells, rupanya seperti sotong gergasi, seolah-olah sotong kurita. Spesies haiwan pemakan manusia itu hanyalah rekaan semata-mata kerana carian Google tidak menemukan apa-apa. Setelah diburu, haiwan ini bersembunyi di dasar laut yang paling dalam dan tidak muncul lagi. 2. The Land Ironclads Pengalaman seorang wartawan perang yang kali pertama berdepan dengan kereta kebal dalam hidupnya. Walaupun tentera dari negara asal wartawan itu lebih ramai, mereka tewas dengan '13 raksasa besi yang tak lut peluru'. Semuanya menyerah kalah dan wartawan perang itu turut menjadi tawanan perang. Lokasi dan masa medan perte...