Anekdot Ku Seman - Kayu Hulu Kapak
Judul: Anekdot Ku Seman - Kayu Hulu Kapak Penulis: Ku Seman Ku Hussain Penerbit: ITBM, Kuala Lumpur Tahun penerbitan: 2018 Jumlah halaman: 266 Membaca buku ini seolah-olah membawa saya merentas terowong masa kerana ia mengingatkan mengapa saya begitu berminat menceburi bidang kewartawanan lebih 10 tahun lalu. Sebagai seorang individu yang tidak memiliki pendidikan formal dalam kewartawanan, bidang ini dahulunya memang amat asin g bagi diri saya. Seorang wartawan seharusnya memainkan peranan sebagai suara mewakili sekelompok besar rakyat akar umbi yang tidak mampu bersuara atau tidak tahu bagaimana hendak menyuarakannya. Bukan sekadar menyalurkan arahan daripada golongan elit politik yang menganggap segala kata-kata mereka adalah keramat dan mesti dijunjung oleh rakyat. Suarakan rintihan seorang bapa yang bingung apabila bayinya yang baru lahir disahkan menghidap penyakit jantung berlubang. Sampaikan keluhan penoreh getah yang pendapatannya tak menentu gara-gara p...