PAS wujud hasil kegagalan UMNO

Tajuk: PAS & Pilihan Raya Penulis: Mohd Hasbie Muda Penerbit: Megamind Leadership Consultancy, Petaling Jaya Tahun diterbitkan: 2014 163 halaman Dari m/s 3: Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada lslam di negara ini telah pun wujud semenjak tahun 1906 lagi, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu lslam pada waktu itu untuk melihat syariat Islam dapat didaulatkan di negara ini. PAS juga wujud hasil kegagalan UMNO dalam meletakkan Islam sebagai asas rujukan utama dalam perjuangan mereka. Ini dapat dilihat apabila UMNO bersetuju mewujudkan program loteri kebajikan yang merupakan judi sebagai salah satu jalan untuk membela kebajikan orang Melayu. BACA LAGI