Posts

Showing posts from January, 2024

Ah Fook - Jong Chian Lai

Image
  Tajuk: Ah Fook Penulis: Jong Chian Lai Penerbit: ITBM, Kuala Lumpur Tahun diterbitkan: 2015 718 halaman Dari kulit muka belakang: Novel Ah Fook menceritakan kehidupan seorang lelaki Cina yang dihimpit kemiskinan sejak tiga generasi di negara Tembok Besar. Yong Ah Fook, atau lebih dikenal sebagai Ah Fook yang kecewa dengan sistem komunisme China, merantau ke kepulauan Borneo dengan meninggalkan isteri dan dua orang anaknya di kampung semata-mata untuk meraih kekayaan di bumi asing. Dia bekerja sebagai kuli di sebuah rumah agam milik seorang kapitan Cina sebaik-baik tiba di Sarawak. Bagaimanapun, takdir membantutkan impiannya apabila Jepun meluaskan kuasa di Asia Tenggara tidak lama selepas dia berada di Sarawak. Ah Fook terpaksa berkahwin dengan seorang wanita tempatan berketurunan Cina-Melanau demi menyelamatkan wanita itu daripada kekejaman tentera Jepun. Ah Fook juga berbuat demikian untuk melupakan anak-anak dan isterinya di China yang sudah berkahwin dengan seorang lelaki lai...

Gaya Dewan (Edisi Ketiga) - DBP

Image
Tajuk: Gaya Dewan (Edisi Ketiga) Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Tahun diterbitkan: 2018 324 halaman Dari kulit muka belakang: Buku ini dapat dijadikan rujukan tentang gaya penerbitan yang diterbitkan dalam bahasa Melayu. Penulisan bahan turut menggarap aspek-aspek penting dalam penyediaan dan penyuntingan pelbagai jenis karya. Keterangan fakta diperkuat dengan ilustrasi untuk memudahkan kefahaman dan rujukan. Lantaran itu, buku ini perlu dimiliki oleh setiap penulis, editor, pengatur huruf, pereka bentuk, pembaca pruf, pencetak, dan semua yang terlibat dalam bidang penerbitan.